Thursday, 10 May 2012

My new nephew

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Thank you Allah
24/4/2012
Kakak Ina dah selamat bersalin, dan itu maknya ye Ikha dapat anak saudara baru.
Weeheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~

Hahahaha teringat masa kakak Ina dengan Ma sibuk nak bagi nama apa dekat baby baru ni, sampai pergi cari buku nama nama islam dan maksudnya, padahal tengah tunggu masa je kakak Ina tu nak meletup tapi still nak berjalan lagi, Hehh :) Alang alang dah berjalan kan so daripada ampang kitaorang turun jalan tar pergi mukmin cari buku yang sama -.- Ikha ikutkan aje ~ Bila dah dapat buku, kitaorang pun balik laa, kakak Ina tu bukannya boleh berdiri lama sangat, cepat letih.

Beberapa selepas itu, dapat call yang kakak Ina dah kena tahan wad. Ha ! Dah nak bersalin ker? * Gubra seketika. Hehh

Owhhhh debaran kian terasa, satu satu mesej kakak Ina masuk, semua tentang apa yang terjadi dekat hospital. yela time tu Ma ada dekat melaka sekali dengan Ikha jaga anak along, kakak Ina pulak dalam hospital bertarung nyawa. Hm Ikha dengan Ma mampu berdoa supaya semua selamat.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Abah yang hantar mms gambar baby sulung kakak Ina ni.



Ohh, sedih tengok gambar ni, selamat time tu Ikha tak ada, kalau tak memang Ikha laa yang paling deras air mata keluar, ntah apakejadah laa. Hehh normal laa perempuan cepat tersentuh kan. Hehh :) 

Okay okay, ini laa rupa baby Aneesa Safiyya bila tengah tidur. Ohh nyenyak ye dia tidur. Ishhhh geram maksu tengok >< nak cubit je pipi tembam dia tu. Hahahaha 


Maksu sayang Aneesa Safiyya :) 




Eh! 
Ha!

nih Hafiz, sebab Ikha jaga dia dekat melaka laa Ikha tak  dapat nak tengok Saffiya. Ishhhh 
Dia nih : 
  • suka membebel 
  • sangat pakar dalam menyepahkan rumah
  • kuat tersasul 
  • selalu sangat cakap sorang sorang 
  • peralatan dapur yang tersorok dekat rumah, dia sorang je yang tahu 
  • tak suka main dekat taman
  • banyak tanya
  • susah nak tidur malam
  • suka mandi lama lama
  • bercita cita nak jadi doktor 7jam, polis 3jam, cikgu 8jam, bomba 5jam
  • pandai sidai baju 
  • suka menyanyi dalam bilik air
  • peminat kung fu panda * sama macam maksu dia laa. Hehehh :p
  • pandai menyorok bila blackout
  • suka menyampuk 
  • anak mak (manja)
Ha! tuu dia .. Huish memang penat sangat nak melayan budak ni. 
Berpenyakit duduk serumah dengan dia, heart attack, darah tinggi, stress, diabetes, obe, macam-macam penyakit kronik yg lain. Ishhhhhhh -.-

Apa pun maksu sayang semua anak saudara maksu.
Love you uolls :D








truly from me.